![]() |
AL-MAHDI
YANG DIJANJIKAN
TELAH MEMULAKAN MISI RISALAHNYA
Sejak 1420 H - 1999 M
Ia telah
mulakan dakwahnya (seruannya) kepada umum 2002
Bukankah kedatangannya
berita gembira dari Rasulullah (S):
Ketika
Islam Asing (Ghariban)
Ketika
dunia penuh dengan:
·
kezaliman,
·
ketidakadilan
·
permusuhan
Sudahkah anda mengambil tahu?
Dia sedang mempersiap .....
Musuh-musuhnya juga sudah lama bersiap.....
|
|||
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Pengsihani
1. Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya??
2. Tentang berita yang besar,
3. yang mereka perselisihkan tentangnya.
4. Sekali-kali tidak; kelak mereka akan
mengetahui,
5. kemudian sekali-kali tidak; kelak
mereka mengetahui.
|
![]() |
|||
PABJI HIDAYAH - TELAH MUNCUL
![]() |
PADA ATHEIS – WUJUDKAH TUHAN
![]() |
||
KANDUNGAN
|
|
||
· SIAPA AHMAD
AL-HASSAN?
Apakah
seruan dakwahnya?
· SEJARAH RINGKAS
DAKWAH KEBENARANNYA.
Penentangan
yang dihadapainya dan keadaan masa kini.
· PEMBUKTIAN.
Apakah
dalil-dalil Ahmad Al-Hassan untuk membuktikan dakwaannya?
· WASIAT
RASULULLAH (S)?
Benarkah
dia Membawa Wasiat Rasulullah (S) yang ditulis di malam kewafatan Baginda
· ILMU DAN HIKMAN
Ilmu
Dan Hikman yang khusus untuk Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda disampaikan
oleh Ahmad.
· PANJI-PANJI
HIDAYAH
Panji-Panji
Nabi-nabi Rasul-rasul yang menyatukan umata manusia.
|
· KEPENTINGAN
RUKYAH (PENGLIHATAN) YANG TURUT MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAKWAHNYA
Rukyah
(Penglihatan) Sebagai Bukti Untuk Menunjukkan Khalifah Yang Dilantik Oleh
Allah
· PENGAKUAN
MENGENAI AHMAD AL-HASSAN
Pengalaman
mereka yang pernah berjumpa atau bersama Ahmad Al-Hassan
· CARA-CARA
PERHUBUNGAN (KOMUNIKASI)
Apakah
cara yang digunakan untuk berhubung dengan masyarakat umum dan untuk
menyebarkan seruan dakwahnya
· ISLAM MENENTANG
TINDAKAN PENGGANAS (TERRORIST)
Adakah
jenayah ISIS tindakan Muslim? Atau apakah agama mereka sebenarnya? Brigade
Al-Qaim (Saroya Al-Qaim) dibentuk oleh Ahmad Al-Hassan
|
||
![]() |
Siapakah
AHMAD
AL-HASSAN?
|
||
“Saya tidak
datang mencari hamba-hamba, juga saya tidak datang untuk orang berjumpa
dengan saya supaya saya boleh menjadi hijab antara mereka dengan Allah. Saya
datang untuk merobohkan kebatilan (kepalsuan) dan membina kebenaran, oleh itu
bantulah saya melakukannya. Semoga Allah memberi rahmat kepada anda.”
- AHMAD
AL-HASSAN –
|
|||
Namanya Al-Imam Ahmad
bin Ismail bin
Al-Syed Saleh bin Al-Syed Hussein bin Al-Syed Salman bin
Al-Imam Muhammad bin Imam Hassan bin Imam Ali, bin Imam Muhammad anak kepada Imam
Ali, anak kepada Imam Musa bin Imam Ja'far
bin Imam
Muhammad bin Imam Ali, bin Imam Hussein, anak kepada Imam Ali bin
Abi Thalib (3alihimu Al-Shalaati Wa Al-Salaam)..
Dia adalah adalah Washi
(Pemegang Amanah) dan dan Utusan Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as)
kepada semua manusia, Yamani yang dijanjikan kepada Muslim Syiah dan Al-Mahdi
pembawa panji-panji hidayah yang lahir di akhir
di akhir
|
zaman ysng dijanjikan oleh Nabi
Muhammad (S) kepada Muslim Sunni.
Telah di
sebut di dalam Injil dia adalah Penghibur (Comforter) kepada nabi-nabi Allah
dan rasul-rasulNya yang dijanjikan oleh Nabi Allah Isa (as) dan penyelamat
yang dijanjikan oleh Nabi Allah Elia untuk diutus kepada orang-orang Yahudi
sebelum dia kembali.
Beliau mula
keluar dengan seruan dakwah Al-Mubarakah pada tahun 1999 di Iraq (di Timur
seperti disebutkan dalam riwayat) di pusat pemerintahan Negara Keadilan Ilahi
dari sana akan tersebar ke seluruh dunia.
|
||
A – Penyelamat
H – Mahdi yang dijanjikan
M – Al-Yamani
A – Penghibur (Comforter) yang dijanjikan
D – Anak yang mendahului bapanya
|
![]() |
|
|

SEJARAH
RINGKAS DAKWAH KEBENARANNYA.
Kisah pertemuan Imam Ahmad Al-Hassan (as)
dengan Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari (as):
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam dengan
salah satu ucapannya, berkata:
Di makam kedua-dua Imam, Al-Hadi dan Al-'Askari
(as), adalah merupakan pertemuan pertama saya dengan Imam Al-Mahdi (as) di
Dunia Nyata ini. Dan dalam pertemuan ini, saya mengenali Imam Al-Mahdi (as) dan
pertemuan ini terjadi beberapa tahun yang lalu. Selepas pertemuan ini, saya
mempunyai banyak pertemuan lagi dengannya (as), dan dia telah memberitahu dan
menjelaskan kepada saya banyak perkara.
Tetapi dia tidak memerintahkan supaya
menyampaikan sebarang risalah (dakwah) kepada sesiapa pun ketika itu, tetapi
beliau mengarahkan saya supaya saya berakhlak dan taat dan supaya saya mencapai
makam Akhlak Ilahiyah. Dan dia memberkati saya pengetahuan-pengetahuan dan
memberitahu saya mengenai kesilapan dan kesalahan yang serius
HAUZAH NAJAF AL-ASYRAF,
Ahmad Al-Hassan telah diperintahkan pergi
ke Hauzah di Najaf Al-Asyraf pada mulanya sebelum seruan dakwah bermula, untuk
menunjukkan kerosakan dan penyelewengan yang berleluasa di dalamnya.
PEMBUKTIAN.
Apakah dalil-dalil
Ahmad Al-Hassan untuk membuktikan dakwaannya?
Dalil-dalilnya (bukti-bukti) adalah sama
seperti bukti-bukti (nash) nabi-nabi dan para rasul sebelum, nash (yang
diterangkannya kepada pengikut agama-agama menurut kitab-kitab yang mereka
percaya). Dia telah mencabar ulamak-ulamak besar bagi setiap agama mengenai
pengetahuan tersebut, dan seruan kepada Hakimiyah Allah diperkuat oleh Allah
dengan Alam Malakut oleh ribuan orang yang mengalami mimpi benar (rukya)
menlihat nabi-nabi dan rasul-rasul memberikan kesaksian terhadapnya.
Dia telah menulis sekumpulan kitab-kitab
yang mengandungi bahagian-bahagian yang hebat hebat mengenai ajaran dan ilmu
agama yang dimulakan untuk mengislah manusia, termasuk: Kitab Tauhid. Kitab
Al-Mutasyabihat, Pencerahan Dakwah Para Rasul, Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua
Laut, Penutup Kenabian, Berhala Anak Lembu, Jihad Pintu Syurga, Ketuanan Allah
dan Ketuanan Manusia (Hakimiyah Allah dan Hakimiyah Manusia), Harawi ke 13,
Delusi Athesime dan banyak lagi.
Kebanyakan kitab-kitabnya adalah permata
dari batu-batu permata Aali (Keluarga) Muhammad (as) yang menjelaskan kefahaman
Al-Quran dan rahsia-rahsia yang mengelirukan para ulamak dan menjadikan
perkataan mereka berantakan, bercanggah dan samar-samar dengan tidak pernah
mencapai kebenaran rahsianya. Selain itu, beliau mendedahkan pengetahuan, yang
khusus mengenai Khalifah Allah SWT, yang
dengan itu menunjukkan hubungannya dengan Allah SWT.
Sesungguhnya Allah tidak meletakkan kunci
rahsia-rahsia tersebut di tangan yang lain selain dari Khalifah-Nya ke atas
semua penciptaan. Begitulah tujuan seruan dakwah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan
Muhammad (shalawatu Allah 3alaihim).
WASIAT
RASULULLAH (S)?
Benarkah dia Membawa
Wasiat Rasulullah (S) yang ditulis di malam kewafatan Baginda
Seruan dakwah kebenaran tidak memilih bulu.
Ia adalah seruan untuk bersatu di atas kebenaran dengan bukti dan dalil. Ia
adalah seruan dengan kebijaksanaan. Beliau telah menekankan banyak kali bahawa
"Kami tidak mempunyai permusuhan terhadap sesiapa. Apa yang kita
persembahkan adalah perbincangan ilmiah. Dan kami menjelaskan kepalsuan dan
kebatilan akidah mereka yang lain menggunakan sumber rujukan mereka sendiri.
"
Beliau juga menasihatkan bahawa:
"Seruan
(dakwah) ini membentangkan Agama Ilahi yang sebenar yang sepatutnys kita imani.
Kita wajib menjelaskan seruan (dakwah) yang sebenar, kerana manusia yang
dilahirkan bebas dan mereka mempunyai kebebasan untuk memilih. Tiada seorang
pun patut mengatakan mereka dapati ibu bapa mereka beriman dengan sesuatu oleh
itu mereka mesti berpegang dengannya.
Mereka harus
melakukan penyelidikan mereka sendiri. Semua orang akan pergi ke kuburan mereka
sendiri, dan mereka akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka sahaja. Di
Dunia, manusia mengikuti pemikiran yang berbeza, dan setiap orang mempunyai hak
untuk mendengar kepada sesiapa sahaja dan mempelajari kebenarannya tanpa
sebarang penipuan, saya menyeru semua orang supaya tidak menyerahkan haknya,
sama ada seruan agama atau bukan, yang menyeru (mencadangkan) beliau untuk
membekukan fikirannya dan mengikuti secara membuta tuli. Jangan serahkan kepada
orang lain. Kajilah untuk diri sendiri. Carilah kebenaran itu sendiri.
Tujuan para nabi
dan rasul adalah untuk menyebarkan Aqidah Tauhid di segenap penjuru di muka
bumi, dan itulah kehendak beliau, seperti mana dipenjelaskan di dalam Taurat,
Injil, Al-Quran dan itulah apa apa yang telah diperselisihkan , dan supaya bumi dipenuhi dengan keadilan dan kesaksamaan, sebagaimana
ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
Bagi yang
kelaparan agar diberi makanan dan bagi golongan miskin supaya tidak kekal tanpa
tempat perlindungan, untuk anak-anak yatim supaya diberikan kegembiraan selepas
kesedihan mereka yang berpanjangan, bagi janda supaya diberikan apa yang
memenuhi keperluan kewangan dan tubuh mereka demi kemuliaan dan maruah, demi untuk,...
demi untuk... dan demi untuk melaksanakan perkara yang paling penting di dalam
Syari’at (perundangan) yang adil, dirahmati dan jujur.”
Dia Ahmad Al-Hassan datang dari arah Khurasan (timur) dari
Basrah dan mengibarkan panjinya di Najaf Iraq.
….. (Pada suatu hari) Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) pergi ke Basrah dan mengorbankan haiwan untuk anak saya dan
kemudian kembali ke Najaf hanya untuk anak saya. Kemudian Al-Syed berkata
sebelum pembinaan Hussainiyah (Masjid) di Najaf bahawa beliau telah membuat
persiapan untuk PERARAKAN DI NAJAF. Untuk yang pertama kali bagi
ansar-ansar yang datang ke rumah saya dan Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) berbicara kepada mereka dan kepada kami pada malam itu, "Kita
tidak tahu apa yang akan terjadi esok maka jika kamu mahukan dunia, janganlah
bersama saya esok."
Keesokan harinya adalah hari yang ketiga belas
Bulan Rajab, hari kelahiran Amirul Mukminin Ali (as), jadi kami berarak ke
Masjid Al-Kufah, Makam Imam Ali (as). Bilangan kami adalah lebih kurang tujuh
puluh dua orang atau tujuh puluh tiga seperti di Karbala pada hari Asyura.
Al-Syed membawa kami dengan sosok tubuhnya yang tinggi dan tampan. Kami
mengatakan “telah datang kebenaran” dan
kami mula melaungkannya dengan kuat. Ini adalah di sekitar tahun 2003/2004,
sehinggalah kami sampai ke Jalan Al-Rasul di mana Sistani mempunyai pengaruh
yang besar di sini dan kami dapati Failak Badir membuat
sekatan jalan raya bersama senjata bersedia untuk menembak kami.
Kami semua berdiri teguh dan tidak menoleh ke
belakang, kami bertakbir Allah Akbar!, bertahlil La
Ilaha Illa Allah (tiada tuhan melainkan Allah) dan lain-lain zikir
untuk menakut-nakutkan mereka. Al-Syed melaungkan Allah Akbar! sebanyak 7 kali
dan mereka segera membuka jalan, mereka tidak dapat menghalang beliau (as).
Setelah tiba di makam Imam Ali (as), kami belok ke
arah Kufah, para ulamak (yang ada di tepi jalan) telah meludah pada kami dan
mengutuk kami dengan bahasa kesat, sehinggalah kami tiba di makam Muslim bin
Aqil (as). Mereka kini mula membaling batu pada kami tetapi tiba-tiba kami
melihat seorang wanita memegang tulang rusuknya dari jauh [1],
kalian mengenali siapa dirinya, dan kami mula berpecah ketika direjam. Mereka
menghantar polis di belakang kami dan orang Amerika untuk menakutkan kami,
tetapi kami bertekad untuk tidak berasa takut. Haidar Mishatat - si munafik -
telah meninggalkan kami - dan akhirnya kami sampai ke Masjid Al-Kufah. Kami
semua tercedera namun dalam masa yang sama berasa gembira…. [2],
________________________
[1] - kerana melihat para nabi dalam perjalanan dan melihat
Fatimah (as) memanggil kami dan menggalakkan kami. Imam (as) di tengah-tengah
kami tenang dan berzikir kepada Allah tidak pernah lekang dari lidahnya.
[2] – Sebahagian dari riwayat yang mengesahkan
Perarakan [Panji-panji] oleh Syeikh Hazim Al-Mukhtar dalam Buku “Riwayat Dalam
Riwayat Kehidupan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)” – sebuah laporan yang
dipindahkan dari bilik bicara (Paltalk) di Internet.
Saya ulangi: Dia bernama Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang datang dari arah timur Khurasan, dari Basrah dan mengibarkan panjinya di Najaf Iraq. Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi, dia memulakan seruan dakwahnya sejak penghujung tahun 1999.
Dia dibai’ah buat kali pertama
bukan atas permintaannya tetapi ramai orang-orang Islam yang mendapat berita
melalui, rukya (mimpi benar), hidayah kasyaf (penglihatan dari Allah) dan
hidayah bentuk lain, lalu mendatanginya dan berbai’ah dengannya sebagai Mahdi
yang dijanjikan atau Khalifah Allah Al-Mahdi. Seperti biasa (sunnah Allah)
orang-orang yang berbai’ah dengannya ini diuji di zaman pemerintah penzalim
Saddam Hussein, akhirnya mereka berundur dan yang tinggal hanya segelintir.
Lalu beliau (as) beruzlah di rumah menghadap Tuhannya. Kemudian dibai’ah kali
kedua. ujian dan pengunduran berlaku sekali lagi. Akhirnya dia dibai’ah buat
kali ketiga, maka seruan dakwahnya mula tersebar ke seluruh dunia. Dia bukan
sahaja dibai’ah oleh umat Islam Syi’ei dan Sunni, malah dari penganut agama
lain dari berbagai negara.
Ramai umat Islam tidak
menyedarinya, tidak berbai’ah kepadanya malah ada di antara ulamak Syi’ah
menjatuhkan hukuman bunuh kepadanya. Tetapi sejak tahun 2011, dakwahnya menjadi
begitu bersungguh dengan seruan-seruan dan dengan menjawab ratusan soalan-soalan
melalui internet dan dengan sokongan dakwah ansarnya (pendokongnya). Dakwahnya
diberkati Allah. Puluhan kitab tulisannya dan tulisan ansar-ansar telah
diterbitkan. Ia berjalan hingga ke hari ini.
Dia adalah Khalifah Allah
Al-Mahdi, oleh itu adakah dia bertepatan dengan berita (khabar) dari
Rasulullah? Adakah dia Khalifah Allah Al-Mahdi yang memenuhi syarat sebagai
seorang Khalifah Allah? Bukankah telah berlalu Khalifah Allah sejak Khalifah
pertama dilantik oleh Allah di BumiNya.
Ini perlu penjelasan. Dan
hakikatnya ia adalah Hakikat Agama Allah itu sendiri.